Tentang Baucar Buku Semarak Membaca

Inisiatif Program Semarak Seni Budaya, Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia dan rakan-rakan industri buku Malaysia. Ia bertujuan untuk memulihkan serta merancakkan ekosistem seni, budaya dan warisan yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

u-Pustaka

u-Pustaka adalah perkhidmatan perpustakaan digital negara yang dapat diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui portal u-Pustaka.

Portal u-Pustaka menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.


Bagaimana Anda Boleh Tebus BBSM?

Baucar Buku Semarak Membaca 2025 (BBSM) boleh di tebus bermula 22 April sehingga 31 Disember 2025 dengan cara berikut:

BBSM @ Pesta Buku

Kunjungi pesta-pesta buku negeri yang mengambil bahagian dalam Program ini sehingga bulan Disember 2025. Pesta buku ini dianjurkan oleh perpustakaan negeri seluruh Malaysia.

BBSM @ eDagang

Tebus Baucar Buku Semarak Membaca 2025 (BBSM) di Shopee bermula 22 April hingga 21 Jun 2025. Berbelanjalah di Shopee dengan menebus diskaun RM10 bagi pembelian buku RM20 ke atas.

Galeri BBSM 2025